Monday, February 28, 2011

~hEaLiNg by SaMi YuSoF~ ^___^


It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing


There's something deep inside
Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high to


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order
There is a hidden force
Pulling us closer


It's pulling you and I
It's pulling us up high


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing


Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all heart
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you will be healed



قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

عين ترعى عينا، وعين الله ترعى

كلمة طيبة صدقة

تبسمك لأخيك صدقه

كل معروف صدقة

اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً


SUBAHANALLAH...SATU LAGI LAGU YG SANGAT MENYENTUH QALBU..ALLAHU ALLAH.. <3

~Insya Allah~

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus




SubahanAllah,masya Allah...super duper like this song..Allahu Allah.. <3

Sunday, February 27, 2011

mak selalu ingatkan,~''FASOBRUN JAMIIL''~ :)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... <3ALHAMDULILLAH,bersyukur...bersyukur...dan terus bersyukur...kerna dapat lagi merasai sgala nikmat yang dikurniakan ALLAH buat penghuni2 bumi ciptaan~NYA ni...justru itu,kenapa kita harus sentiasa kufur nikmat yg diberi percuma???(eh...napa ana ckp camtu ha???)hmm...ya la...mau x nya...asal DIA bagi nikmat lebih skit kat kita,kita nk b'syukur kt DIA(PEMBERI nikmat tu)...then,bila kita ditimpa ujian,musibah,malapetaka skit kita lupa jgk kt dia...???na'uzubillah...harap2 kita x jadi hamba yg kufur nikmat mcm tu ya.. :)

eh...actually ni bkn main point ana utk post kali ni...hmm...kali ni ana nk sentuh pasal sabar...~SABAR~...bila masa kita kena b'sabar????=setiap masa la kan2?especially time kita ditimpa musibah@diberi ujian...haaa...pada ketika itu,hendaklah kita bersabar...contohnya,dlm p'jalanan sbg seorang pelajar,sbg seorg da'ie,khalifah di muka bumi ni,n haa...juga time kita ghasa nk marah kt seseorg or etc...(org yg pling kuat ialah org yg mampu mengawal amarahnya..n utk ank2 muda yg b'cita2 nk nikah awal(tp byk halangn or etc),tp dah x sabar sgt2 dah nk nikah tu..hehe...mmg kna byk2 b'sabar...kalau kita fikir2,saudara2 kita kt PALESTIN(cntohnya)lagi byk n berat ujian yg ALLAH timpakan terhadap mereka berbandibg dgn kita kt sini..Allahu Allah...tapi mereka sgt sabar,tabah,usaha,usaha,n never give up...semangat mcm tu la kita nak kan???ayuh..takbir!!!!!!ALLAHU AKBAR!!!!

sbb apa?skit2 sabar...skit2 sabar...apa yg ada pada SABAR tu? :D mestilah byk hikmah yg ALLAH berikan di sebalik kesabaran kita tu...mak ana slalu ingatkan ana dgn kalam ALLAH yg berbunyi;''FASOBRUN JAMIIL''~sabar itu indah~masya Allah...ya...sabar itu sangat indah..maka kita kena la byk2 bersabar...praktikkan nilai kesabaran dlm setiap hela nafas hidup kita...insya Allah~ada jalannya(mcm Maher Zain slalu dok kata tu la).. ;)...so,sama2 kita kuatkan diri kita dgn bykkan bersabar dalam apa jua yg menimpa kita...kerna~SABAR ITU INDAH~FASOBRUN JAMIIL <3>

Tuesday, February 22, 2011


TUHAN tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terserah kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lezat. Dia ingin memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir/fizik akan alam ciptaan Tuhan ini. Ini adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. Ini sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Tuhan. MENCARI TUHAN MELALUI CIPTAANNYA Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekalian alam. Bukan saja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Tuhan. Segala apa yang Tuhan ciptakan itu ialah alam. Alam itu ialah apa sahaja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Tuhan adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan. Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang di sebalik ciptaan Tuhan itu. Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama saja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka tertegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan ingin memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lezat. Dia ingin memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya. BEZA MATA KEPALA, MATA AKAL & MATA HATI Manusia sebenarnya dapat melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak yaitu hutan yang tebal dan menghijau. Kalau dia melihat dengan mata akal, maka akan terlihat balak dan kayu-kayuan yang dapat dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan. Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak adalah air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang dapat ditangkap dan dijual. Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa sajakah rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Tuhan. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan. Hati mereka buta karena jiwa mereka telah mati Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah saja yang dia lihat yaitu tanah dan batu-batuan. Siapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya. Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan. Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan. Hati mereka buta karena jiwa mereka telah mati. Jiwa mereka sudah tidak bisa berfungsi lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka. TIDAK RASA DIRI HAMBA Mereka tidak rasa bahwa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu yang Tuhan itu wujud, tetapi hanya sebatas tahu saja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan diambil ringan. Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba. Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan. Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba. Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan yang tulen yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Setelah hidayah barulah datang ilmu. Setelah ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah dapat beramal. Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik. Ketika itu, kita akan terlihat apa-apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan. Segala-galanya akan mudah difahami. Tuhan ada berfirman di dalam Al Quran, maksudnya: “ Sesungguhnya kami jadikan untuk Neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mau memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mau melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mau mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalai.”

~oMbAk UjiAn~


Ombak dan badai sekadar pukulan cemeti untuk menguji sang hamba adakah kepedihan dan kesakitan diterima dengan senyuman kegembiraan,hati yang penuh ketenangan dan jiwa yang tulus dengan keredhaan.Hamba yang tenggelam dalam kecintaan dan pengabdian tidak melihat cemeti pada jiwanya bahkan segala yang datang umpama belaian dan usapan sang Kekasih yang tidak mahu jauh dari dakapanNya.Walau terasa perit pada zahirnya,namun dia yakin Kekasih rindu mendengarkan rintihannya di kala malam menjelang. ombak kehidupan tanda Dia sayang Namun,bagaimana mahu memahami hakikat ini jika jiwa diselubungi ammarah,pandangan jadi kabur,cemeti dianggap tanda ketidak adilan,putus asa terhadap rahmat Tuhan,lantas timbul sangkaan yang bukan-bukan pada Sang Pencipta. Bahawa sesungguhnya,ibu yang keperitan melahirkan insan ke dunia malah menyayangi anaknya,apalagi Tuhan yang menciptakan?dari tiada kepada ada,dari setitis air yang hina kepada darah,kemudian maju menjadi daging,diciptakan tulang temulang dan dihias dengan sifat yang indah.Lalu ditetapkan takdir untuknya,dengan namaNya ar Rahman ar Rahim,lahirlah makhluk bernama insan di bumiNya. Duhai diri,alangkah ruginya perjalanan ini andai engkau buta pada kasihNya,sedangkan Dia bersamamu dalam setiap detik yang berlalu,dalam setiap hembus nafasmu,dalam setiap alir darahmu.Mengapa harus lari dari cintaNya?Mengapa berpaling dari mendekatiNya?Mengapa perhatian manusia yang dikejarkan,mengapa sanjungan dari manusia yang dibutuhkan padahal di sana ada Dia yang tak pernah meninggalkan mu?Diamlah sejenak dan fikirlah,siapakah yang pernah ada di sisimu tanpa pernah meninggalkanmu walau sehari,yang ada di saat kau butuh kekuatan,di saat kau rebah dalam kegagalan,di saat kau tenggelam dalam lumpur kepahitan malah sentiasa ada untuk berkongsi kegembiraan waktu puncak kejayaan berjaya kau tawan,ketika bahagia mengulit perasaan?bertemukah kau siapa orangnya?pastinya tidak kerana yang ada hanya Dia,Dia yang tak pernah meninggalkanmu,Dia yang tak pernah melupakanmu,Dia yang sentiasa menemanimu walau kau hanyut dari jalannya,meskipun kau lalai dari mengingatinya kerana tertipu dengan kemanisan dunia yang penuh kepalsuan. Ayuh diri,kembali padaNya,pulang ke dalam dakapan Kasih yang Abadi,tenanglah hati yang sedang resah,berbahagialah jiwa yang kesepian,cerialah diri yang kekosongan,kerana Dia sedang menunggu,sentiasa terbuka menanti kepulangan mu. . “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

nota:edit dari sajak karangan Hj Ibrahim Mohamad(Aspirasi Akademi Damai)

~KeMaTiAn yANg PaLiNg MuLiA...~



~in the name of ALLAH <3>

Sabda Rasulullah s.a.w:'Sesungguhnya roh orang mati syahid berbentuk burung hijau bersuka ria dlm syurga,kemudian kembali ke sarangnya yg t'gantung di bwh 'Arasy.Suatu ketika Allah swt menjenguk mereka dan bertanya,''Apakah yang kalian inginkan?'' Jawab mereka,''Apa pula yang akan kami inginkan,sedang Allah telah memberi kpd kami yang tidak diberikan kepada seorang pun dari makhlukMu." Kemudian diulang lagi pertanyaan itu kpd mereka,kemudian mereka berasa harus meminta,maka mereka berkata,''Kami ingin Tuhan mengembalikan kami ke dunia untuk berperang fi sabilillah sehingga terbunuh untuk~Mu sekali lagi.''(mereka minta utk kembali ke dunia untuk merebut pahala mati syahid). Maka dijawab oleh Allah swt,''Sesungguhnya Aku telah menetapkan bahawa orang yang telah mati tidak dikembalikan ke dunia lagi."
~Riwayat Muslim drp Ibnu Mas'ud)
*subahannAllah~andai saja semua tau betapa indahnya mati syahid itu,pasti berduyun2 akan usaha,bermujahadah merebutnya...Allahu Allah... <3