Tuesday, April 26, 2011

~IsI HaTi sAnG iKhWaH~


Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari
menjadi bahan fitnah...

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu,aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan,bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu...

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al Quran..
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan
kita nanti...

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangan dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar
semangatku tika mana aku lemah...

Zaujahku,
Aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan
setelah kita diijabkabulkan..
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan
pencetak generasi mujahidin...

Kerana itu,kita harus bersedia,zaujahku..
Perkahwinan kita nanti adalah marhalah dakwah..

sumber:in-soft(IMAN)

No comments:

Post a Comment