Tuesday, March 1, 2011

~8 pintu Syurga


Ibnu Abas ra berkata , bahawa Syurga mempunyai 8 pintu dari emas yang dihiasi dengan mutiara-mutiara.

Pada pintu pertama tertulis : Laa ila ha illallah , Muhammadur Rasulullah.

Pintu pertama : Pintu para Nabi , Rasul , para Syuhada’ dan para Dermawan.

Pintu kedua : Untuk orang yang mengerjakan salat dengan sempurna, memperbaiki wudhu’ serta menyempurnalkan rukun solat.

Pintu ketiga : Untuk orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Pintu keempat : Untuk orang yang memberi zakat dengan kebaikan jiwanya

Pintu kelima : Untuk orang yang memutuskan kehendak hawa nafsunya dari kesyahwatan dan mencegahnya dari kehendak jiwa.

Pintu keenam : Untuk orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Pintu ketujuh : Untuk orang yang berperang (jihad) untuk menegakkan agama Allah.

Pintu kelapan : Untuk orang yang bertakwa, yang sama memejamkan matanya dari perkara haram dan beramal soleh , termasuk berbakti terhadap kedua orang tua dan menyambung tali persaudaraan.

No comments:

Post a Comment