melangkah memang payah...andai tiada kekuatan dari~NYA.... mula aku merangkak dalam perjalanan,kemudian bertatih,seterusnya berjalan,dan sekarang....aku berlari!!!!
Sunday, March 20, 2011
~Ahli ibadah tidak berburuk sangka~
Suatu hari di tepi sungai Dajlah,Hassan al Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dgn seorang wanita.Di sisi mereka terletak sebotol arak.Lalu Hassan berbisik,”Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!”.Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tengah sungai yang sedang tenggelam.Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hamper lemas.
Enam dari tujuh penumpang itu Berjaya diselamatkan.Kemudian dia berpaling kea rah Hassan al Basri dan berkata,”Jika engkau memang lebih mulia daripada saya,maka dengan nama Allah,selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong.Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja,sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang.
Bagaimanapun,Hassan al Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu.Maka,lelaki itu berkata kepadanya,”Tuan,sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya,sedangkan botol itu hanya berisi air biasa,bukan arak.Ini hanya untuk menguji tuan.”
Hassan al Basri terpegun lalu berkata,”Kalau begitu,sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai,maka selamatkan saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan.”Orang itu menjawab,”Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan.”Semenjak itu,Hassan al Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih dari orang lain.
Kesimpulannya:
>Pertama,jangan berburuk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya.Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah,jangan menghinanya atau redha dengan perbuatannya dan cuba mencari aibnya..Mungkin orang itu jahil tentang perbuatannya,sedangkan kita patut malu pada diri kita sendiri yang dikurniakan oleh Allah ilmu ini masih juga melakukan perbuatan yang dilarang..
>Kedua,perkara yang patut kita ingat tentang diri kita ialah perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain.Perkara yang patut kita lupakan ialah kebaikan kita pada orang lain dan kejahatan orang pada kita..
Allah SWT berfirman,
“sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami,ialah orang yang apabila dibacakan ayat-ayat itu kepada mereka,mereka sujud,tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri.Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan yang penu kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan)sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” ~as Sajadah:15-16~
~rindu seorang sahabat~
Assalamu’alaikum wbt..
Allah…knapa tiba2 hati ni rasa sayu…sedih…rindu kat SAHABAT2,TEMAN2… :’( macamana la shbt2ku skrg ya Rabb..?mcamana shbt2ku di srwk,sabah:lala,wana,mun n hanan….rindunya….moga rahmat Allah sentiasa bersama kalian yg sedang berjuang di jalanNya kat sana…shbt2 lain:SYIKIN(bila la blh jumpa dia…dah lama sgt x jumpa ni since dia pi plkn..hukhuk),aimaan,lin,ririn,teha,bacek,zai,nab..waaa…rindu yang terAMAT sgt ni…Allahu Allah…ni la tautan ukhuwah yg benar2 terasa kemanisannya wlaupun masing2 ada jauh…Ilahi Rabbi,tsabbit kan lah hati2 kami… <3
S.A.H.A.B.A.T……
>syikin
>lala
>teha
>wana
>aimaan
>zai
>nab
>ririn
>lin
>mun
>hanan
>bacek
F.O.R.E.V.E.R…lillahi Ta’ala.. <3 <3
‘’di sini…kita pernah bertemu…
Mencari warna seindah pelangi…
Ketika kau menghulurkan tanganmu…
Membawaku ke daerah yang baru….
Dan hidupku kini ceria……..
Kini dengarkanlah….dendangan lagu tanda ingatan ku(kepadamu teman)….
Kepadamu teman,agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu…
Kenangan bersamamu,takkan ku lupa walau badai dating melanda,walau bercerai jasad dan nyawa……”
Saturday, March 19, 2011
~Tinta hati buat KEKASIH 1~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah ya Rabb…hari ni,hamba masihg diberi kesempatan untuk menyedut udara,bernafas di bumi bertuah ini..syukur yang tidak terhingga ku panjatkan padaMu kerna di samping diberi nikmat hidup ini,engkau juga telah kurniakan nikmat yang sangat besar,yang sangat2 bernilai:nikmat IMAN dan ISLAM…ya Allah,bukan semua orang dapat kecap nikmat ni..melainkan hanya dengan izinMu…ya Allah,Kekasih Teragung ku….terima kasih sangat2…hamba sangat2 berharap moga Engkau tidak menarik semula nikmat yang sangat bernilai ni…janganlah Engkau pesongkan hati ku setelah Engkau beri hidayah pada ku…
Ya Rabb,
Aku tak kuat andainya Kau tidak berada di sisi ku..
Aku lemah andai tak dapat lembut belaian kasih dariMu..
Aku sangat hina andai aku tak mengagungkanMu…
Ilahi Rabbi,
Janganlah kiranya Engkau jauh dari ku…
Aku tak berdaya andai berjauhan dariMU ya Rabb…
Aku hamba yang lemah andai Engkau tak berada di samping ku…
“faabiayyiaala irabbikuma tukazziban”
~maka nikmat yang mana lagi kah yang akan engkau dustakan?~
>al faqirah ila Rabb<

Monday, March 7, 2011
jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...
~by Nadiatul Husna~
Tuesday, March 1, 2011
Cinta Dan Air Mata..
Bismillahirrahmanirrahiim...Allahu Allah..tadi ana ada jalan2 kat google..n tiba2 t'jumpa ni dari satu blog..so,ana nk share...walaupn da lama,bnda ni..tp,ianya 1 p'kongsian yg sgt baik... :')
Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita-SYARAHAN ISTERI DR ABD AZIZ AR RANTISI
Assalamualaikum,
Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.
Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".
Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci.
Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.
Apa yang kita dengar dari berita:
1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.
2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."
3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."
4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"
Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.
Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:
1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka
Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidaktakut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.
Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.
Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan adaseorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.
Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.
2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.
3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.
Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.
Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.
Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..
Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.
Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.
Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yangbaru.
Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka..
sumber
http://satuumat.blogspot.com/2009/03/pelajaran-dari-gaza-untuk-kaum-wanita.html

TITIPAN BUAT WANITA2....?
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.Allahu Allah... :') ~sumber;hamba Allah~
~8 pintu Syurga
Ibnu Abas ra berkata , bahawa Syurga mempunyai 8 pintu dari emas yang dihiasi dengan mutiara-mutiara.
Pada pintu pertama tertulis : Laa ila ha illallah , Muhammadur Rasulullah.
Pintu pertama : Pintu para Nabi , Rasul , para Syuhada’ dan para Dermawan.
Pintu kedua : Untuk orang yang mengerjakan salat dengan sempurna, memperbaiki wudhu’ serta menyempurnalkan rukun solat.
Pintu ketiga : Untuk orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Pintu keempat : Untuk orang yang memberi zakat dengan kebaikan jiwanya
Pintu kelima : Untuk orang yang memutuskan kehendak hawa nafsunya dari kesyahwatan dan mencegahnya dari kehendak jiwa.
Pintu keenam : Untuk orang yang mengerjakan haji dan umrah.
Pintu ketujuh : Untuk orang yang berperang (jihad) untuk menegakkan agama Allah.
Pintu kelapan : Untuk orang yang bertakwa, yang sama memejamkan matanya dari perkara haram dan beramal soleh , termasuk berbakti terhadap kedua orang tua dan menyambung tali persaudaraan.
Subscribe to:
Posts (Atom)