Tuesday, April 26, 2011

~iSi hAtI sAnG aKhWaT~


Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku...

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang berdakwah,
Ke sana ke sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah..

Namun,sabarlah..
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padamu,
Aku menolak untuk untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti
yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah ku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu...

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerna aku mendambakan seorang zauj yang mampu
mendidikku dan zuriat-zuriat kita nanti,
Bukan paras rupa semata-mata...

Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu...

No comments:

Post a Comment