melangkah memang payah...andai tiada kekuatan dari~NYA.... mula aku merangkak dalam perjalanan,kemudian bertatih,seterusnya berjalan,dan sekarang....aku berlari!!!!
Sunday, May 1, 2011
~dari lelaki untuk wanita~
Perempuan yang suci adalah Perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya, walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya, di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik, itu bermakna Allah
mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”
Imam Ghazali
*kredit to~al Faqir ila Rabb*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment