Thursday, May 12, 2011

~pandangan di sebalik wanita berhijab~ ^_^


A christian man asked a muslim man why muslim women cover their hair and body. the muslim man smiled and pulled out 2 sweets from his pocket. he opened the first one and kept the other one closed in its wrapper. he threw both sweets onto the dusty floor and asked the christian man, "which sweet would you pick?" the man replied, "the covered one!" the muslim man replied, "that's how we treat our muslim women." (=

~selepas badai,pasti muncul P.E.L.A.N.G.I~


*bare in mind ;)

Bismillah..ya Allahu ya Rahman,ya Rahim..
ya..benarlah..segala yg berlaku pasti ada hikmahnya..kita tak tahu sblm kita dapat rasa segala nikmat hikmah tersebut..hanya Allah yg tahu..Alhamdulillah ya Allah,ats sgala ujian yg ENGKAU berikan buat hamba dan shbt hamba,izzuana..dgn ujian ini,kami belajar utk menjadi lebih tabah..dgn tarbiyyah dari Allah ini,kami bljr utk jadi lebih kuat..~Alhamdulillah!!!

#wana shbtku syg..harap2 sgt wana baca entri kali ni..#
*****************************************************************************************
td time dlm kereta dalam perjalanan menuju ke rumah,aku ada sembang dgn mak..
aku tnya mak,''mak,kenapa mak nak ikah belajaq kat K*** tu??kenapa mak excited sgt nak ikah belajaq kat situ?"...tiba2 balong menyampuk,''sbb mak rasa selamat bila ikah dok situ..abah pun setuju dan nak ikah belajaq kat situ.."
'owh,ok..'~cetus dlm hati aku.."tak pa lah..ikah tak kisah dah..dah pasrah,tawakkal dah.tak kisah la belajaq kat mana pun.dah penat nak pikiaq'',ujar aku memberi respon..
tiba2 mak bersuara..''tak pa la..mak lega sikit ikah belajaq kat situ..selalu mak doa mintak Allah tempatkan ikah di tempat yang baik,tempat yg boleh membuatkan ikah pelihara iman,tempat yg ada biah solehah"..tu la tmpt yg terbaik bt ikah(lbh kurg mcm tu la mak ckp..)secara spontan,lidah b'tutur,''mak,tlg doakan utk shbt ikah,izzuan jgk na..harap sgt dia dapat study di tmpt yg terbaik buat dia..dia pun apply K*** jgk..baru ja apply..''..
balong bagi respon,''insya Allah,dia mesti dapat punya K*** tu..insya Allah''..amiin3,ya Allah~b'harap dgn sgt buat sahabat ku..

subahanAllah..rasa terharu bila mak ckp mcm tu..insya Allah,mak..ikah janji..ikah akan belajaq sungguh2 demi mencapai apa yg ikah perjuangkan selama ni..ikah akan tetap tabah walau apa jua badai yang menimpa..ikah pasti kuat..mungkin ni la yg Allah dah aturkan untuk ikah..Allah knows the best..~lpas DIA uji hamba-hamba~NYA,dia pasti bagi hadiah bila ujian yg diberi tu berjaya ditempuhi..insya Allah~janji Allah itu pasti..

buat sahabat seperjuanganku,wana yg juga mengalami nasib yang sama dgnku,moga kita terus tabah,ya..bersabarlah,duhai hati seorang pejuang..kemenagn pasti akan kau gapai setelah penat dikau menerima ujian,mehnah dan menempuh segala onak duri..ku panjatkan doa buatmu,wana serta buat sahabat2 seperjuangan kita yang lain..moga Allah beri yg terbaik buat kita..~berharap sgt dapat sama2 berjuang di tmpt yg sama dgn wana,insya Allah biizniLlah.. moga kita bertambah kuat untuk menghadapi liku2 hidup yang makin mencabar..

"Ujian adalah tarbiyyah daripada ALLAH SWT buat hamba2 yang dikasihi~NYA..bersyukurlah tika diri mu ditimpa ujian kerna itu tandanya DIA sangat menyayangimu...." :)

Monday, May 9, 2011

::Doa ketika dalam kesedihan@kecewa::


"Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba lelaki-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu, hukum2-Mu berlaku atas bahuku dan ketentuan-Mu adil terhadapku, aku memohon atas segala nama yang engkau sebutkan dengan zat_Mu atau yang telah Engaku turunkan dalam kitab-Mu atau yang telah Engaku ajarkan kepda seseorang dari makhluk-Mu atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisimu agar menjadikan Al-Quran sebagai penghibur hatiku, sebagai cahaya penerang dadaku, sebagai pelepas kesusahanku dan sebagai penawar kesedihanku"..
(HR Ahmad dan disahihkan oleh Al-AlBani)
[lebih afdal: sila baca selawat sebelum dan sesudah doa]..
Amiin..Ya Robbal 'Alamiin...

~credit to>ukht.Rus Khatijah Bohari~

#hapuslah air matamu,lakukan apa yg membuatkan dikau gembira#

Sunday, May 8, 2011

~Aku Mahu Pakai Purdah~



Bismillah.

Assalamu’alaikum warahmatullah.





Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya dan selawat serta salam adalah untuk Rasulullah, ahli bayt, para sahabat baginda dan tabi’in semuanya. Semoga Allah beri ganjaran setimpal dengan usaha mereka menyampaikan ilmu Allah di muka bumi ini.



Alhamdulillah, antara perkara di luar jangkaan saya dalam memasuki era alaf baru ini ialah masih ramai anak-anak gadis atau wanita yang berminat dengan purdah dan berkeinginan pula memakainya.



Selepas seorang demi seorang sahabat-sahabat saya menanggalkan purdah mereka, menyimpan jubah-jubah mereka, menyingkatkan tudung-tudung mereka bahkan me’make-up’kan wajah-wajah mereka dengan pelbagai rasional dan alasan, saya jangka saya akan bertambah sepi di dunia yang serba mencapah pelbagai tahap kemajuan ini.



Saya sangka saya akan semakin tersisih dalam masyarakat Islam saya sendiri. Namun Allah memberi keterangan yang nyata kepada saya, jika sesuatu itu secara fitrah dan syariat memang ada hujjah di sisiNya, tiada siapa yang dapat menghapuskan amalan tersebut dari kalangan wanita yang mahu memilih purdah sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepadaNya.



Sering juga saya mendapat soalan-soalan dari kaum wanita yang bertanyakan tentang purdah, tentang hasrat untuk memakainya dan cara bermuamalah dengan masyarakat serta kerjaya apabila berniqab.



Oleh kerana kita berada di zaman banyak restoran dan kedai-kedai makan, maka antara soalan yang dikemukakan ialah bagaimana cara wanita berpurdah mahu makan di tempat umum? Jika di Arab Saudi atau setengah restoran di Jordan, mungkin tiada masalah bagi wanita berniqab kerana di sana terdapat restoran yang mengasingkan ruang makan muslimin, muslimah dan keluarga.



Sebelum saya memberi respon tentang persoalan-persoalan di atas, sukalah saya berkongsi sedikit info di bawah bagi mereka yang berminat memakai purdah. Ia adalah hasil kajian Harlina dan sahabat-sahabatnya di KUIS.



Sudah tentu tulisan di bawah kelihatan tidak sempurna namun ia mampu menyempurnakan lagi perbahasan sedia ada mengenai niqab. Oleh itu, dinasihatkan agar membaca juga perbahasan-perbahasan lain yang dinukilkan di dalam kitab-kitab salaf, buku-buku moden dan juga web serta blog.



Walaubagaimana pun, pandangan Harlina dan sahabatnya di bawah tidak mewakili pandangan saya secara peribadi. Oleh sebab itu, sehingga saat saya menulis ini, saya konsisten dengan jawapan-jawapan yang pernah diberikan di ruang komen.



Seperkara lagi harus disedari, walaupun Harlina dan sahabat-sahabatnya berpegang kepada hukum wajib, namun mereka tidak menolak pandangan sebahagian yang berpegang kepada hukum sunat berpurdah. Jadi hukum memakai purdah tetap terdapat khilaf pandangan mengenainya.



Berdasarkan pengamatan peribadi saya, hukum memakai purdah sama ada wajib atau sunat berlandaskan nas-nas al-Quran dan hadis. Jadi saya tidak dapati wujudnya ruang kepada mana-mana individu, organisasi atau kerajaan untuk menilai (judge) pemakai purdah sebagai ekstrim, syadid, kolot, ketinggalan zaman dan seumpamanya.





Bila kita memahami asas dan kaedah-kaedah matematik dengan baik, insya Allah kita mampu menjawab apa jua bentuk soalan yang dikemukakan. Begitu juga dengan hukum memakai niqab, kita perlu memahami prinsip asas menutup aurat dan juga perbahasan-perbahasan pada perkara khilaf dengan baik, barulah kita akan merasa mudah melaksanakannya walau apa pun cabaran yang mendatang.



Selain prinsip mengenai hijab itu sendiri, kita berkewajiban memahami prinsip-prinsip Islam yang asas pada ilmu aqidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga struktur ilmu Islam ini jika difahami dengan baik, akan membantu kita menjadi muslim yang baik bukan sahaja pada penampilan, bahkan pada perkara yang menjadi akar dan buah pohon Islam itu sendiri yakni aqidah dan akhlak. Justeru itulah Allah berkata di dalam surah al-A’raaf ayat 26,



Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu serta pakaian perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).



Insya Allah, semoga Allah kuatkan dan teguhkan keimanan kita dalam menjalankan syariat-Nya...

Wassalam.

::sumber>>http://www.facebook.com/notes/indahnya-berpurdah/aku-mahu-pakai-purdah/216144898415139 ::

Saturday, May 7, 2011

~mengapa harus mengalah dengan kekecewaan??~


Bismillah..ya Allah...
kecewa...kecewa..dan terus kecewa...diriku kini terus diulit dengan segala macam kekecewaan..sedih...duka...hiba...lara...mengapa aku??kenapa aku??kenapa orang lain semua blh gapai bahagia???kenapa??kenapa??(bisik hati yg terlalu mengikutkan nafsu)..saat itu,air mata tidak mampu untuk berhenti mengalir..hanya DIA yang tahu betapa kecewanya diri ini..menangis..menangis dan terus manangis sambil jari-jemari menari2 di atas keypad laptop(ber'ym' dgn seorang shbt yg juga mengalami nasib yg sama dgn aku)..ya Allah ,aku dah x tahan lagi..mengapa diri ini harus diulit kekecewaan yg berpanjangan??aku sedih!!aku dah x mampu bertahan lagi ya Rabb..

namun,mujur...bisikan dari nafsu yg tenang menerpa di lubuk hati..'mengapa harus bersedih??ni Allah baru uji sikit..ada ramai lagi orang yg Allah uji dan lagi teruk drpd aku..sekurang-kurangnya aku masih ada peluang..cuba tgk kt luaq sana..masih ramai lagi anak-anak muda yg sebaya dgn aku terci**r..ujian tanda Allah syg pada aku..DIA selalu uji aku tu tanda DIA x pernah lepas dr memberi perhatian pada aku..aku patut bersyukur...ya..bersyukur sbb DIA sayang sgt kat aku...syukur jugak..sbb semua support aku..mak,abah,kakak2,abang2,shbt2 dn semua yg ada di sekeliling aku..~alhamdulillahh..xdpt dibalas dgn kata2...'

Teringat balong pernah pesan time aku dilanda kekecewaan yg amat dahsyat..'setiap ujian yang Allah bagi kat kita,mesti ada hikmahnya..sagala apa yang berlaku mesti ada hikmahnya..hikmah tu,kita x pyh fikirkan..bila sampai masa,pasti kita akan dpt tau dan rasa jugak apa hikmah di sebalik semua ujian ni..yakin dgn tu..tak perlu sedih kerana dunia..'...Allahu Allah..lalu diri,berasa kuat kembali untuk bangun dari rabah yang sementara ini..

Ya Allah,kuatkan hamba di jalan~MU..berikan yg terbaik buat diri hamba..hanya Allah yg tahu apa yg terbaimbuat hamba~NYA..~salam kekuatan,salam mujahadah..Allahu Allah.. :')

Thursday, May 5, 2011

~teringin...tapi...~ :'(




Bismillah...
ya Allah,tringinnya nk pakai purdah,niqab..tringin sgt2 ya Rabb..tapi aku tau aku tak mampu..ya la..kalau seorang muslimah yg pakai purdah,niqab,mesti bwk imej yg betul2 menunjukkan seorang perempuan yg solehah..tapi aku??dlm diri,aku msih x mampu dgn smua tu..janji pada diri,satu hari nanti aku pasti akan pakai jgk..tp sblm tu,aku mesti perbaiki segala kelemahan yang ada pada diri..berusaha menjadi seorang mir'ah solehah wa muslehah..serta,xlupa juga,niat haruslah lillahi Ta'ala..insya Allah..ya Allah..tringinnya!!!!! :'(

Tuesday, May 3, 2011

~ikhtilat~


Ikhtilat

Pergaulan antara lelaki dan wanita “ikhtilat”: Apa sempadannya?

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.

Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud: “Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.”

Apakah ikhtilat itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”.

Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan ikthilat dari segi bahasa dan syariat.

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

Istilah syariat yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah:

Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.

Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa.

Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab r.a. telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasaan yang syar’ie seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w. dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.

Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’ie Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ie.

Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.

Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari). Adab khas untuk wanita.

Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.

Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa rnenjadi pengacara majlis, peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam.

Wallahua’lam.

sumber:http://remajaisma.wordpress.com/2009/07/10/ikhtilat/

~Jadi diri sendiri lebih baik~

Bismillah..Allahu Allah..apa lagi rencana~Mu ya Rabb??moga ini yg terbaik.hamba berasa sangat berdosa ya Allah..ampunkan hamba..

Menjadi diri sendiri,
Lalu,memperbaiki diri..
Itu lebih baik berbanding
cuba untuk menjadi diri orang lain..

Bukankah itu dinamakan hipokrit??
Allah..tidak sekali2..
Jauhkan hamba dari
sifat itu ya Rabb..

Engkau sahaja yang mengetahui
segala isi hati ini,
kerna Engkaulah yang menciptakannya..

Allahu Allah,anta khalaqtani,anta maqsudi... :'(

~kematian Osama bin Laden,Respon Tok Guru Nik Aziz~

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.



TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.



Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Al-Arabi berikrar tamatkan kepungan Gaza dalam masa 10 hari


Selasa, 03/05/2011 - Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

~alhamdullillah~ ::calling for freedom,finding for freedom::
~ya Allah,selamatkanlah umat Islam di Palestin,di Iraq,di Afghanistan,di Pattani,di Malaysia,di setiap tempat,sepanjang masa..Allahumma amiin..

~orang mukmin,orang munafik~


Bismillah...tisbah al khair..

"Orang mukmin memandang dosanya seperti sebuah bukit di atasnya yang dia bimbang akan menghempapnya, sedangkan orang munafik memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya lalu dihalaunya sehingga terbang." ~Bukhari~

Ilahi Rabbi,di manakah kedudukanku di sisi~Mu?..sungguh,hamba sangat lemah dan hina..Allahu Allah..limpahkan kekuatan buatku..

Sunday, May 1, 2011

~dari lelaki untuk wanita~


Perempuan yang suci adalah Perempuan yang dijaga oleh Allah





Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya, walaupun hatinya…



Kerana Allah teramat mencintainya…





Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki yang palsu imannya, di mana Allah untuk menjaga kita?





Allah seakan melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita





Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik, itu bermakna Allah

mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya, dilindungi…





Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari



Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…



“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.”



Imam Ghazali

*kredit to~al Faqir ila Rabb*

~usah bersedih,semuanya ada hikmahnya~


Bismillah..tiba2 tadi saja-saja terlintas di hati nak tengok2 balik message inbox kt FB..hmm..byk jugak msj yg x tengok lagi..pastu,terjumpa satu mesej dari seorang sahabat (sek. rendah)..yang terharunya,mesej tu di hantar ketika saya benar2 dalam keadaan sedih yang berpanjangan.lepas baca mesej tu,alhamdulillah rasa lebih kuat untuk menghadapi segala ujian hidup yang membuatkan diri ini sangat sedih..~kepada insan berkenaan,syukran jiddan 'ala kulli hal..moga Allah sentiasa memberikan keberkatan dalam hidupmu dan moga juga Allah membantumu dalam perjuanganmu yg tak pernah putus..Allahumma amiin..

here is the message :)

~usah bersedih,semuanya ada hikmahnya~

Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan.
Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum
dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian kita akan
mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati
atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis.Dalam situasi
anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak
tenang.

Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi
dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan
diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang
payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi
bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai
ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.

Inilah panduan:

1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
“sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
….Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 216

3-Kenapa ujian seberat ini?
” ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesan-
ggupannya,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 286

4-Kenapa rasa keciwa?
” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman,”
…..Surah Al-Imran ayat 139

5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuat-
kan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),
dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai
kemenangan).”
…..Surah Al-Imran ayat 200

6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……
….Surah At-Taubah ayat 111

7-Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya
aku bertawakal.”
…..Surah At-Taubah ayat 129

8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
…..Surah Yusuf ayat 12